| Co-Curriculum Unit |
|
|
|
|
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FALSAFAH
Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mendapat kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri,ilmu, masyarakat dan negara. VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional,penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
UNIT KOKURIKULUM
VISI
Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan graduan yang cemerlang dan berketerampilan
MISI
Menjadi sebuah unit pengurusan jatidiri pelajar yang unggul
OBJEKTIF
MODEL GRADUAN UiTM
i. Berpengetahuan dan berkemahiran. ii. Kreatif, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal. iii. Rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, bebas dan yakin. iv. Berdikari dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran pengurusan yang tinggi. v. Mempunyai kecerdasan dan ketahanan mental serta fizikal yang berpanjangan. vi. Mempunyai sifat jati diri, patriotik, berterima kasih dan bersyukur. vii. Beretika, bertakwa dan berakhlak mulia serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang seimbang, harmonis dan holistik.
1.0 Definisi Kokurikulum Di bawah perenggan 1.40 Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA, kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
2.0 Program Kokurikulum Program kokurikulum telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (added value) bagi melahirkan graduan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM. Pada masa ini pentadbiran dan pengurusan program kokurikulum ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Pusat Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
3.0 CARTA ORGANISASI UNIT Kokurikulum UiTM SABAH
Akan dikemaskini
4.0 Dasar Pelaksanaan
4.1 Semua pelajar UiTM sama ada mengikuti kursus Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Universiti Teknologi MARA dikehendaki mendaftar dan wajib lulus kursus kokurikulum dalam tempoh pengajian.
4.2 Pengecualian kredit kokurikulum boleh diberi jika pelajar membuat permohonan kepada Unit Kokurikulum. Secara umumnya pengecualian boleh dipertimbangkan jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
4.3 Dasar pelaksanaan kokurikulum ini terpakai bagi seluruh sistem UiTM termasuk di semua Kolej Bersekutu.
5.0 Senarai Kursus Kokurikulum Yang Ditawarkan Sehingga kini terdapat 14 kursus kokurikulum yang ditawarkan terbahagi kepada 4 komponen iaitu:
5.1 Pilihan Kursus Kokurikulum: Semua pelajar baru UiTM adalah diwajibkan mengambil kursus Kesatria Negara 1 atau Badan Beruniform sebagai kokurikulum semester pertama. Pada semester berikutnya ( semester 2 dan 3):
5.2 Jadual pilihan kursus kokurikulum
Arahan Penting:
Pelajar semester 2 yang telah menamatkan Kokurikulum 1 dan ingin memilih kursus pilihan Kokurikulum 2 dikehendaki mengambil kursus kokurikulum ASAS terlebih dahulu. Kursus kokurikulum LANJUTAN hanya boleh diambil bagi pelajar yang telah lulus kokurikulum ASAS.
6.0 PELAN KURSUS KOKURIKULUM YANG AKAN DILAKSANAKAN MULAI DISEMBER 2008:
Catatan: Pelan pengajian ini tidak melibatkan pelajar yang mendaftar sebelum Kemasukan Disember 2008. (Pelajar berkenaan masih menggunapakai pelan pengajian sediada mengikut keputusan mesyuarat Senat Ke-92 pada 11 Mei 2008).
7.0 UNIT KREDIT
* Tertakluk kepada kes pengecualian kredit
8.0 JADUAL GRED DAN NILAI GRED KURSUS KOKURIKULUM
9.0 PROSEDUR PENDAFTARAN Mulai semester Julai 2006 dan seterusnya, semua pelajar wajib mengikuti kursus kokurikulum sebanyak 3 semester. Kursus kokurikulum yang dijalankan pada semester 1, 2 dan 3 akan diberi nilai kredit iaitu 3 jam kredit keseluruhan. Pelajar diwajibkan lulus kokurikulum 1, 2 dan 3 bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
9.1 Pendaftaran Kursus Pendaftaran kursus kokurikulum mestilah dilakukan secara atas talian (online) melalui Gerbang Maklumat Pelajar (i-Student Portal) dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh universiti.
i. Sila layari www.uitm.edu.my dan klik pada Student Portal (visit student portal homepage) atau; ii. Taip http://istudent.uitm.edu.my
9.2 Proses Tambah Kursus Proses tambah kursus boleh dibuat dalam masa 14 hari daripada tarikh mula kuliah. Sila ikuti proses yang sama seperti di para 9.1.
9.3 Proses Gugur Kursus Proses gugur kursus boleh dibuat dalam masa 28 hari daripada tarikh mula kuliah. Sila ikuti proses yang sama seperti di para 9.1.
9.4 Pengesahan Pendaftaran (Validasi) Pelajar wajib mengesahkan (validate) kursus-kursus yang didaftarkan serta mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Kursus yang mengandungi pemilihan kursus kokurikulum untuk diserahkan kepada Penyelaras/Jurulatih kokurikulum bagi tujuan pengesahan dan rekod.
10.0 WAKTU KOKURIKULUM
10.1 Pelaksanaan kokurikulum ditetapkan sekali dalam seminggu selama dua jam temu pada hari hari isnin bagi pelajar semester satu dan rabu bagi pelajar semester dua dan tiga, jumlah latihan mingguan yang ditetapkan ialah sebanyak 14 minggu iaitu bersamaan 28 jam temu.
10.2 Hari Rabu diisytiharkan sebagai Hari Kokurikulum dan semua pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum beruniform diwajibkan memakai uniform penuh kokurikulum masing-masing.
11.0 KEHADIRAN PELAJAR
11.1 Pelajar diwajibkan menghadiri latihan mingguan kokurikulum serta aktiviti pembelajaran yang lain seperti bengkel / seminar / lawatan / latihan medan atau amali. Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu keseluruhan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Penyelaras atau Ketua Unit Kokurikulum, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir. Bagi kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir, kerja kursus tidak akan diberi penilaian. Pelajar akan diberi Gred F dengan status ZZ. (Rujukan Peraturan Akademik UiTM Para 2.13.2).
11.2 Bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan akhir bertulis kokurikulum tetapi tidak menghadirkan diri tanpa memohon kebenaran bertulis terlebih dahulu, pelajar akan diberi status YY dan dan markah kerja kursus/penilaian tidak akan diambil kira bagi kursus tersebut.
11.3 Bagi pelajar yang tidak hadir ke latihan kokurikulum sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar berhak mengemukakan nama mereka ke Unit Tatatertib Pelajar untuk tindakan tatatertib.
12.0 KAEDAH PENILAIAN
12.1 Pengajaran Kokurikulum adalah menggunakan kaedah latihan, simulasi, perbincangan dan bengkel. Aspek teori turut diberikan tetapi tidak melebihi 30 peratus (30%) dan tertakluk kepada keperluan kursus atau struktur keperluan pelajaran kursus.
12.2 Sebanyak 70 peratus (70%) penilaian kokurikulum adalah dibuat secara berterusan dengan tumpuan ke atas aspek-aspek seperti: kehadiran, daya usaha dan komitmen terhadap kursus serta penyertaan aktiviti yang memuaskan. Ujian bertulis yang menyumbang sebanyak 30 peratus (30%) daripada penilaian akan diadakan pada penghujung kursus.
13.0 PELAJAR SAKIT
13.1 Jika seseorang pelajar itu sakit dan tidak dapat menyertai aktiviti lasak/kawad dan yang memerlukan pergerakan fizikal, pelajar boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada aktiviti tersebut dengan syarat mengemukakan surat pengesahan daripada Hospital Kerajaan. Pelajar yang mengemukakan surat pengesahan sakit daripada Hospital/Klinik Swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan daripada Unit Kesihatan UiTM Sabah.
13.2 Pelajar yang bercuti sakit perlu mengemukakan Sijil Cuti Sakit dari hospital/klinik kerajaan atau Unit Kesihatan UiTM Sabah kepada jurulatih masing-masing. Sijil Cuti Sakit dari hospital/klinik swasta perlu disahkan oleh Unit Kesihatan UiTM Sabah.
14.0 PENGECUALIAN KREDIT Pengecualian kredit ditakrifkan sebagai pengecualian yang diberi kepada seseorang pelajar berdasarkan pencapaian kursus yang telah diambil sebelum mengikuti program terbaru di UiTM. Seseorang pelajar boleh memohon pengecualian kredit untuk kursus-kursus kokurikulum tertentu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh UiTM.
Seseorang pelajar yang memenuhi syarat, boleh membuat permohonan pengecualian kredit bagi mana-mana kursus kokurikulum dan ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tertinggi Kokurikulum Universiti .
14.1 Peraturan Am Pengecualian Kredit
14.2 Pelajar Yang Layak Dipertimbangkan Untuk Mendapat Pengecualian Kredit Kokurikulum. (Pekeliling Timbalan Naib Canselor Akademik bilangan 16/2007)
14.3 Pelajar Yang ‘Tidak Layak’ Mendapat Pengecualian Kredit
15.0 PROSEDUR PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT
15.1 Pelajar yang ingin memohon pengecualian kredit hendaklah membuat permohonan di pejabat Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan mengisi borang HEA/RA/PC-2000-1 dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran rasmi pelajar.
15.2 Permohonan pengecualian kredit kursus kokurikulum mestilah dikemukakan semasa pelajar berada di semester pertama pengajian di UiTM.
15.3 Permohonan pengecualian kredit setelah berada di semester kedua dan ke atas tidak akan dilayan.
15.4 Permohonan pengecualian kredit mestilah mengemukakan perkara-perkara berikut:-
iv. Surat pengesahan dari majikan jika permohonan adalah berdasarkan kriteria Kakitangan Kerajaan iaitu tidak kurang dari tiga (3) tahun berkhidmat dalam Kumpulan A dan B serta Pegawai/ Anggota lain-lain pangkat dalam Polis/ Tentera. v. Dokumen lain sebagai sokongan yang berkaitan. vi. Keputusan permohonan pengecualian kredit akan dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya 28 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran rasmi.
16.0 SIJIL TAMAT KOKURIKULUM
16.1 Setiap pelajar yang telah menamatkan kursus kokurikulum mereka sebanyak tiga (3) semester akan dianugerahi dengan Sijil Tamat Kokurikulum. Sijil ini mengandungi kursus-kursus kokurikulum yang diambil serta nilai gred yang diperolehi.
16.2 Pelajar perlu membawa salinan keputusan peperiksaan (mengandungi ketiga-tiga kursus kokurikulum yang telah lulus) dan telah disahkan ke Unit Kokurikulum.
17.0 RUJUKAN DAN PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:
Alamat: Unit Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-325 274 Faks : 088-492 085
Soalan Lazim Kokurikulum UiTM 1. Perlukah saya mengambil kursus kokurikulum? Perlu. Kursus kokurikulum adalah wajib kepada semua pelajar UiTM dan tempoh adalah selama 3 semester (3 jam kredit). 2. Bila dan berapa lama tempoh kursus kokurikulum berlangsung? Latihan mingguan mengambil masa selama 2 jam pertemuan dan hari latihan kokurikulum adalah pada hari Isnin hingga Sabtu (mengikut jadual pilihan fakulti dan jurulatih masing-masing). 3. Bolehkah saya memohon pengecualian kredit kokurikulum? Boleh. Permohonan perlu dibuat di Pusat kokurikulum & Kepimpinan Pelajar. Sekiranya anda memenuhi syarat Peraturan Am Pengeculian Kredit (Sila Rujuk Buku Panduan Kokurikulum UiTM). 4. Bagaimana untuk mendaftar kokurikulum? Pendaftaran kursus boleh dibuat secara online seperti pendaftaran mata pelajaran (subjek). 5. Saya telah mendaftar secara online kod kursus kokurikulum, bolehkah saya hadir
latihan kokurikulum yang berlainan? Tidak boleh. Ini akan menjejaskan sistem pemarkahan dan penilaian. Anda sepatutnya hadir latihan mengikut kursus yang anda daftar secara online. 6. Apakah keperluan peralatan lain yang perlu saya beli untuk kursus kokurikulum?
Perlu membeli sepasang kemeja-T mengikut keperluan kursus kokurikulum masing-masing. Sila membuat pembelian terus daripada jurulatih. 7. Saya mempunyai masalah dengan pendaftaran mata pelajaran (tambah, gugur, tidak boleh mendaftar secara online). Siapakah yang patut saya hubungi?
Sila berurusan dengan pihak Pusat Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar dengan kadar segera. 8. Di mana saya boleh mendapatkan jadual pelaksanaan kokurikulum?
Jadual latihan/kuliah kursus kokurikulum akan ditampal di papan kenyataan Pusat Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar, di fakulti atau boleh merujuk kepada jurulatih masing-masing. 9. Sekiranya saya tidak dapat menghadiri latihan kokurikulum?
Sila maklumkan secara bertulis kepada jurulatih dan kepilkan bukti-bukti ketidakhadiran. Pelajar yang gagal hadir kali pertama dan kali kedua diberikan surat peringatan. Manakala pelajar yang gagal hadir kali ketiga tanpa sebarang makluman akan dikenakan tindakan tatatertib. 10. Apakah implikasi sekiranya saya tidak mengambil langsung kursus kokurikulum?
Kursus kokurikulum wajib diambil oleh semua pelajar UiTM. Sekiranya anda tidak mengambil kursus ini, maka ia akan menjejaskan kelayakan anda untuk menggenggam segulung Diploma atau Ijazah sehingga anda menamatkan ketiga-tiga semester kursus kokurikulum. 11. Sekiranya gred keputusan peperiksaan bagi kursus kokurikulum saya mempunyai masalah?
Sila menghubungi atau berurusan dengan pihak Pusat Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar dengan kadar segera. 12. Saya telah menamatkan ketiga-tiga kursus kokurikulum, di mana saya boleh
mendapatkan sijil tamat kokurikulum? Sila berurusan dengan pihak Pusat Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar atau kampus cawangan masing-masing dengan membawa bersama salinan keputusan peperiksaan ketiga-tiga semester pengajian. 13. Apakah faedah yang saya perolehi melalui latihan kokurikulum?
Banyak faedah yang boleh diperolehi. Antaranya pelajar akan memperolehi nilai tambah untuk menjadi graduan yang memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah, berdisiplin, berani, berdaya saing, patriotik dan sebagainya.
Gambar – Gambar Aktiviti
Perbarisan Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah 2008
Johan Perbarisan Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah 2008
Naib Johan Perbarisan Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah 2008
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated on Monday, 11 January 2010 01:40 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||